Berhenti Kerja Kerajaan, Cancel Sambung Study, Suami MC 400 Hari, Hebatnya Dugaan Wanita Ini Sebelum Miliki Syarikat Sendiri

Sanggup berhenti kerja kerajaan demi impian mahu membina bisnes sendiri, impian Siti Zakirah Ghazali sememangnya sudah tercapai saat ini.

Dia punya syarikat sendiri, suaminya juga begitu, tapi untuk meraih impian itu bukanlah mudah.

Suami kemalangan, hajat sambung belajar tak kesampaian malah tindakan keduanya berhenti kerja serentak turut tidak dipersetujui keluarga. Itu hanya sebahagian dugaan yang diceritakan.

Tapi demi hasarat untuk ubah hidup keluarga Siti Zakirah atau  dikenali sebagai Mcyah Joanjett wanita ini komited  teruskan perancangannya.

Malah dia membuat persiapan teliti sebelum berhenti kerja dan memulakan bisnes sendiri. Inilah yang seharusnya jadi persiapan dan panduan wanita lain yang mengimpikan perkara serupa.

Keperitan hidup bermula bila suami kemalangan

Harapan sambung belajar tak kesampaian

Suami isteri berhenti kerja serentak

Sama-sama bangkit untuk buktikan

 

Apa aku buat sebelum berhenti kerja
Apa aku buat SEBELUM BERHENTI KERJA?
aku pastikan bisnesku stabil selama 6bulan.
gigih simpan 6bulan gaji.
ada bisnes planner.

Apa yang aku buat supaya aku boleh sustain dalam bisnes selepas resign?
jaga hubungan dengan Allah, ibubapa, keluarga.
aku hadir majlis ilmu.
aku tidak membuat pinjaman bank dalam perniagaan.
aku melibatkan diri dalam kebajikan sukarela.
zakat dan cukai wajib bayar.
gigih marketing.
realisasikan impian orang tersayang.
abaikan cakap cakap orang sesungguhnya ia akan membuat kita rasa down.
sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah dan tidak putus asa.

Pilihan ditangan kita sendiri. Harus seiring dengan usaha dan semangat kental. Allah sentiasa ada bersama kita, kita sahaja sering kali melupakannya. MasyaAllah. Janganlah kita cemburu dengan rezeki orang lain. Sesungguhnya kau tidak akan pernah rasa kesukaran yang mereka hadapi. Keperitan yang mereka alamai. Kesakitan yang mereka rasai. Bebanan yang mereka tanggung.

#9088legacy
#9088legacybrandstory

PASTI AKAN HADIR PELANGI SESUDAH HUJAN.

 

Sumber: Mcyah Joanjett

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.